Badan promosi pelancongan digalak sertai ITB Berlin

Mohamaddin (empat, kanan) selepas mengadakan pertemuan bersama penggiat industri perhotelan di Langkawi.
Mohamaddin (empat, kanan) selepas mengadakan pertemuan bersama penggiat industri perhotelan di Langkawi.
A
A
A

LANGKAWI - Kerajaan menggalakkan badan-badan promosi pelancongan negeri termasuk swasta menyertai acara terbesar promosi pelancongan dunia di Jerman, Mac ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, penyertaan pada program promosi itu penting kerana Malaysia dilantik sebagai rakan rasmi negara bagi penganjuran International Tourismus-Boerse (ITB) 2019 Berlin.

“Peluang menyertai ITB Berlin ini tidak harus dilepaskan oleh badan-badan promosi pelancongan dan pihak swasta dari setiap negeri kerana ia merupakan platform promosi terbesar pelancongan dunia.

“Pihak yang berminat boleh berhubung terus dengan kementerian untuk mengesahkan penyertaan dan saya yakin dengan penyertaan dari setiap negeri kelak akan memberi impak besar kepada industri pelancongan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama penggiat industri perhotelan Langkawi, di Pantai Chenang, hari ini.

Sementara itu, pada pertemuan berkenaan, beberapa isu dibangkitkan dan isu-isu diutarakan tersebut akan dibincang lanjut pada pertemuan akan datang.

“Antara isu dibangkitkan adalah berhubung premis penginapan pelancong tidak berdaftar. Saya mohon pihak terbabit memanfaatkan pengecualian fi pendaftaran yang sedang berlangsung sehingga Mac ini

“Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan akan diambil selepas tempoh pengecualian itu berakhir,” katanya.

Artikel Berkaitan: