Dua individu terperangkap, kedai dua tingkat terbakar

Kebakaran membabitkan kedai dua tingkat di Taman Seri Tebrau, pada Sabtu. Foto BBP Larkin
Kebakaran membabitkan kedai dua tingkat di Taman Seri Tebrau, pada Sabtu. Foto BBP Larkin
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin berjaya menyelamatkan dua individu yang terperangkap dalam insiden kebakaran kedai dua tingkat di Taman Seri Tebrau, pada Sabtu.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Abdul Wahab Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 1.04 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan itu, sebanyak empat jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua unit jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), dua unit bermotor bomba (RIM) dan satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dengan kekuatan 38 anggota telah dihantar ke lokasi.

Anggota bomba menyelamatkan dua individu yang terperangkap selepas kedai dua tingkat di Taman Seri Tebrau terbakar awal pagi Sabtu. Foto BBP Larkin
Anggota bomba menyelamatkan dua individu yang terperangkap selepas kedai dua tingkat di Taman Seri Tebrau terbakar awal pagi Sabtu. Foto BBP Larkin

“Setibanya PKO bersama Komander Kanan Operasi, Timbalan Penguasa Bomba I Suhaimi Jamal di lokasi pada jam 1.10 pagi, didapati kebakaran itu melibatkan struktur binaan kedai dua tingkat berkeluasan 24.38 x 18.29 meter persegi.

“Dianggarkan 80 peratus daripada premis tersebut terbakar, manakala kedai bersebelahan turut mengalami kebakaran sebanyak 20 peratus.

“PKO kemudiannya menggunakan dua aliran sepanjang 60.96 meter dan dua pancutan air bagi memadamkan kebakaran,” katanya.

Abdul Wahab berkata, operasi berjaya dikawal pada jam 1.35 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.45 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!