X

Kindly register in order to view this article
!

Janin ditemui di tempat buang sampah belakang sekolah

Janin yang ditemui di tempat pembuangan sampah.
A
A

KOTA BHARU - Janin bayi lelaki dijumpai di tempat pembuangan sampah di belakang sebuah sekolah jenis persendirian di Jalan Bukit Tinggi, Kampung Setek, Kok Lanas di sini hari ini.

Janin sempurna dan cukup sifat berbungkus kain pelikat itu ditemui pekerja Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (MDKPI) yang sedang melakukan kerja memungut sampah di kawasan itu pada jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya melalui Balai Polis Kok Lanas menerima maklumat berhubung penemuan tersebut melalui panggilan telefon daripada seorang lelaki, sebelum hasil pemeriksaan pihaknya kemudian menemui janin yang masih bertali pusat.

“Pemeriksaan awal mendapati janin ini berada dalam keadaan sempurna serta cukup sifat. Turut ditemui satu kain pelikat warna hijau dan satu baju t-shirt yang dipercayai digunakan untuk membalut janin itu,” katanya.

Beliau berkata, pihak Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan turut hadir ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Janin dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!