X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Mahathir hadir perjumpaan bersama kepimpinan Bersatu

Dr Mahathir. -fotoBERNAMA
A
A

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menghadiri perjumpaan bersama Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya.

Dr Mahathir tiba di sini pada jam 4.48 petang dengan memandu sendiri kereta Audi (WVB 55).

Kehadiran beliau disambut dengan laungan "Hidup Tun" oleh lebih 20 penyokong.

Terdahulu turut kelihatan tiba di YKP ialah Ketua Armada, Syed Saddiq Abd Rahman, Datuk Abdul Kadir Jasin dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!