Covid-19: Australia catat kematian pertama

Mangsa dijangkiti virus tersebut ketika berada dalam kapal persiaran Diamond Princess di Jepun dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sir Charles Gairdner, Perth. - Gambar hiasan
Mangsa dijangkiti virus tersebut ketika berada dalam kapal persiaran Diamond Princess di Jepun dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sir Charles Gairdner, Perth. - Gambar hiasan
A
A
A

MELBOURNE - Australia hari ini mengesahkan negara itu mencatat kes kematian pertama akibat koronavirus (Covid-19), kata Ketua Pegawai Kesihatan, Andrew Robertson hari ini, lapor agensi berita Anadolu.

Lelaki berusia 78 tahun itu dijangkiti virus tersebut ketika berada dalam kapal persiaran Diamond Princess di Jepun dan disahkan meninggal dunia di Hospital Sir Charles Gairdner, Perth. Isterinya juga disahkan dijangkiti penyakit itu tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

Australia membawa pulang 164 rakyatnya yang merupakan penumpang kapal persiaran itu, sembilan didapati positif dan telah dikuarantin.

Sehingga kini terdapat 26 kes disahkan di Australia.

Virus itu pertama kali dikesan di Wuhan di wilayah Hubei China pada Disember lalu.

Angka korban di seluruh dunia mencecah 2,837 orang dengan kadar kematian tertinggi dicatatkan di China dan sebanyak 79,250 kes disahkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global dan mengatakan risiko kekal pada tahap tinggi. - Bernama

Artikel Berkaitan: