Bapa diusung hadiri majlis perkahwinan anak

Anak perempuan menangis melihat bapanya sanggup datang ke majlis perkahwinannya meskipun mengalami masalah kesihatan. - Foto Twitter @qwanokuni
Anak perempuan menangis melihat bapanya sanggup datang ke majlis perkahwinannya meskipun mengalami masalah kesihatan. - Foto Twitter @qwanokuni
A
A
A

JAKARTA - Pernikahan bukan hanya momen istimewa bagi mempelai, tetapi momen indah buat ibu bapa.

Seperti yang dialami seorang bapa dari Sukabumi Jawa Barat, meskipun kesihatannya tidak mengizinkan dia tetap hadir menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya dengan menaiki ambulans dari hospital.

Perkongsian tersebut didedahkan di Twitter @qwanokuni dengan menyatakan si bapa secara tiba-tiba jatuh sakit sebelum majlis pernikahan anaknya dan perlu menerima rawatan di hospital di sini.

Menerusi Facebook pengantin lelaki dikenali Dian, bapa mentuanya sepatutnya menjadi wali buat anak perempuannya, namun semua sudah ditakdirkan.

Dian memeluk bapa mentuanya yang hadir pada majlis perkahwinannya dengan menaiki ambulans. - Foto Twitter @qwanokuni
Dian memeluk bapa mentuanya yang hadir pada majlis perkahwinannya dengan menaiki ambulans. - Foto Twitter @qwanokuni

"Bagaimanapun pada majlis perkahwinan, saya terkejut apabila bapa mentua yang terlantar sakit di atas katil sanggup datang ke majlis ini walau dalam keadaan sakit.

"Suasana sedih menyelubungi pernikahan kami, kerana kami tidak tahu dia akan hadir.

"Ada ambulans, semua terkejut apabila pembantu perubatan mengiringi bapa mentua yang berada di atas katil hospital ke majlis kami," katanya kepada Detik.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pengorbanan bapa mentuanya tiada galang gantinya, demi kasih sayang dia sanggup ketepikan kesakitan demi kebahagiaan anaknya.

Dalam pada itu, kisah yang penuh menyentuh jiwa itu menarik perhatian netizen yang sehingga kini diulang kongsi sebanyak 13,600 kali dan mendapat 30,100 tanda suka.

"Perjuangan seorang bapa amat dikagumi," ciap @Ayy_only manakala ujar @dewa, "Moga si bapa diberi kesembuhan dan dilindungi ALLAH SWT."