30 pendakwah mualaf terima pakej umrah

Mohamed Rafik (dua dari kanan) merakamkan gambar bersama pendakwah mualaf yang terpilih menerima pakej umrah di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam kelmarin.
Mohamed Rafik (dua dari kanan) merakamkan gambar bersama pendakwah mualaf yang terpilih menerima pakej umrah di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam kelmarin.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Abadi dengan kerjasama Grand Bluewave Hotel Shah Alam mengambil inisiatif bagi menaja pakej umrah khas buat 30 orang pendakwah mualaf terpilih.

Selain pakej umrah, pendakwah mualaf terlibat turut menerima sumbangan wang tunai sagu hati untuk digunakan sebagai perbelanjaan sepanjang menunaikan ibadah tersebut.

Pengarah Yayasan Abadi, Datuk Seri Mohamed Rafik Mohd Idris berkata, program julung kali diadakan itu adalah bagi menghargai pendakwah mualaf yang giat serta aktif dalam berdakwah.

"Pendakwah mualaf terpilih ini akan berada di tanah suci bagi menunaikan umrah tersebut selama 12 hari," katanya ketika berucap sewaktu Majlis Pelepasan Road To Makkah: Pembangunan Diri Pendakwah Mualaf yang berlangsung di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam kelmarin.

Mohamed Rafik yang juga merupakan Pengarah Urusan Grand Bluewave Hotel, Shah Alam berkata, tajaan bagi pakej umrah berkenaan adalah bertujuan bagi berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan dan menaikkan semangat pihak terlibat untuk berdakwah.

Beliau berkata, sumbangan yang disampaikan ini diharap dapat merealisasikan hasrat daie mualaf terlibat untuk memupuk kendiri yang positif dan kuat beribadah.

"Semoga mereka mendapat umrah yang mabrur serta merebut peluang melaksanakan sebanyak mungkin ibadah ketika berada di tanah suci nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: