X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M, undurlah demi rakyat: Ahmad Said

Ahmad Said
A
A

HULU TERENGGANU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta agar Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjiwa besar mengundur diri bagi menyelesaikan polemik politik yang tidak berkesudahan.

Menurutnya, negarawan itu sudah dua kali menjawat jawatan Perdana Menteri dan sudah sampai masanya beliau mengundur diri dan menerima hakikat bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah dipilih menjadi Perdana Menteri kelapan.

Malah katanya, Dr Mahathir sendiri sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri.

"Saya harap Tun berjiwa besar. Kalau Tun menarik diri, selesai masalah. Kalau tidak, saya ingat negara kita akan bercelaru dan memalukan. Mungkin akan jadi kerajaan sementara, sekejap sahaja.

"Kalau dikira alternatif, memang Muafakat Nasional harap bubar sahaja Parlimen. Tapi bila ada alternatif untuk menyelamatkan kewangan negara dan sebagainya, kita bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri.

"Ini demi kepentingan rakyat, kalau diadakan pilihan raya umum berapa banyak lagi yang terpaksa dibelanjakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di Felcra Bukit Kapah malam tadi.

Mengulas lanjut Ahmad berkata, beliau percaya Dr Mahathir didesak pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri sehingga menyebabkan beliau kembali berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah katanya, sehingga malam tadi, pihaknya mendapat maklumat bahawa Pakatan Harapan (PH) mendakwa mempunyai jumlah mencukupi untuk Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M senaraikan 114 sokongan ahli Parlimen

"Ini menimbulkan pelbagai persoalan, bagaimana mereka mendapat tambahan sokongan kepada Dr Mahathir. Setelah kita lihat permainan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden Parti Keadilan Rakyat) yang gagal mendapatkan undi majoriti, beliau patah balik supaya menyokong Dr Mahathir.

"Mungkin dia menerima jawatan ini setelah ada yang tidak menyokong PH sebelum ini kembali sokong. Atau mungkin ada unsur-unsur negatif digunakan PH untuk membeli ahli-ahli Parlimen tertentu?" soalnya.

Sementara itu, ditanya harapannya kepada Muhyiddin, Ahmad berkata, beliau mengharapkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dapat menjalankan tugas sebaik mungkin.

Dia turut menaruh keyakinan terhadap keupayaan Muhyiddin berdasarkan pengalamannya sebelum ini pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!