PH dakwa dapat sokongan 114 Ahli Parlimen

-Foto Twitter Saifuddin Nasution Ismail
-Foto Twitter Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mendakwa Pakatan Harapan (PH) memperoleh 114 sokongan Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mendedahkan jumlah sokongan seperti yang didakwa melalui siaran langsung di Facebooknya jam 8.20 malam ini.

Beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) turut kelihatan dalam siaran langsung berdurasi empat minit 39 saat itu.

Antaranya Ahli Parlimen Lumut, Dr Hatta Ramli,Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman dan Ahli Parlimen Datuk Mohamaddin Ketapi.

"Buat masa ini kita ada 114 (sokongan), kata Fahmi," katanya ringkas sambil menunjukkan Dr Mahathir Mohamad sedang menyaksikan Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian menurunkan tandatangan akuan bersumpah (SD).

Dr Mahathir bersama Baru Bian kemudian menunjukkan plakad dengan angka 114 yang merujuk kepada jumlah sokongan yang diperoleh PH.

Malam ini, pemimpin PH menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden PH di Yayasan Al Bukhary yang dijadualkan berlangsung jam 9 malam.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Twitter beliau turut mendakwa akan lebih ramai Ahli Parlimen akan menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) mula tiba di bangunan Yayasan Albukhary pada jam 8.50 malam bagi menghadiri satu mesyuarat tergempar Majlis Presiden PH yang dijadualkan berlangsung jam 9 malam ini.

Antara yang kelihatan, Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pimpinan (MPN) PKR Sarawak, Baru Bian dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad difahamkan berada di bangunan Yayasan Albukhary sejak 3 petang tadi.

Mesyuarat tergempar itu diadakan susulan daripada pengumuman pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan oleh Istana Negara, petang tadi.

Majlis Presiden PH akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi selepas tamat mesyuarat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar