Baru Bian buat pusingan U sokong Dr Mahathir

Baru Bian
Baru Bian
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian didakwa menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Upacara menandatangani SD itu turut disiarkan secara langsung di Facebook milik Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil.

Selain itu, disertakan sekali sekeping gambar yang menunjukkan Baru memegang sehelai kertas dengan tertulis 114 di atasnya dipercayai jumlah sokongan yang diperoleh oleh Pakatan Harapan (PH) bagi menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Baru Bian hadir untuk tandatangan SD menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. - Foto Twitter Fahmi Fadzil
Baru Bian hadir untuk tandatangan SD menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. - Foto Twitter Fahmi Fadzil

Petang tadi, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan dan upacara mengangkat sumpah dijadualkan pada jam 10.30 pagi esok.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri

Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong

Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

Artikel Berkaitan:

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar