X

Kindly register in order to view this article
!

Balu Kaunselor MAINS terima faedah Perkeso

Redhuan (dua dari kanan) menyerahkan cek berjumlah RM2,000 kepada Naemah (tiga dari kanan) pada Majlis Penyerahan Cek Pengurusan Jenazah di Taman Sri Rembau semalam.
A
A

REMBAU - Balu Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Khairulniza Mohd Salleh, 33, menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Timbalan Pengarah Perkeso Negeri Sembilan, Redhuan [email protected] berkata, balu Allahyarham Khairulniza, Naemah Mohd Khairi, 34, menerima bantuan itu yang dibayar secara bulanan bermula bulan ini bagi meringankan beban ditanggungnya.

"Kemalangan yang menimpa Allahyarham mendapat perhatian Skuad Perkeso Prihatin Negeri Sembilan yang bertindak mendapatkan maklumat lanjut bagi menyemak kelayakan caruman Perkeso Allahyarham.

“Hasil semakan mendapati balu Allahyarham, Naemah layak menerima faedah Perkeso iaitu Faedah Orang Tanggungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 untuk sepanjang hayat," katanya.

Redhuan berkata, skim berkenaan memberi perlindungan kepada pekerja daripada kecederaan atau kematian akibat dari sebarang kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaan selain waris juga layak untuk menerima Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM2,000.

Sementara itu, Naemah yang sedang sarat mengandung anak ketiga menzahirkan rasa syukur apabila menerima bantuan tersebut selepas suaminya maut dalam kemalangan pada 19 Februari lalu di Kuala Pilah.

Katanya, dia reda dengan ketentuan Ilahi namun kehidupan harus diteruskan untuk membesarkan dua anaknya, Nur Amni Batrisyia Khairulniza, 7 dan Nur Auni Basyirah Khairulniza, 4, serta anak dalam kandungan yang dijangka lahir awal bulan depan.

“Alhamdulillah, wang bantuan ini dapat meringankan beban keluarga dan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan serta persekolahan anak-anak.

"Wang itu juga akan digunakan untuk keperluan menyambut kelahiran anak ketiga kami tidak lama lagi,” katanya.

Terdahulu, Naemah menerima kunjungan daripada Perkeso yang menyerahkan cek pengurusan jenazah di rumahnya di Taman Sri Rambau semalam.

Hadir sama wakil Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan, Nor Azlin [email protected]

Dalam kejadian pada 19 Februari lalu, Khairulniza yang merupakan Kaunselor MAINS maut selepas kereta yang dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 2 Jalan Dangi – Bahau jam 2 petang ketika dalam perjalanan ke Tampin.

Kenderaan dipandu Khairulniza dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dan terbabas ke bahu kiri jalan.

Berikutan kejadian itu, beliau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.