X

Kindly register in order to view this article
!

UPKO sokong Dr Mahathir terajui kerajaan

Wilfred Madius Tangau
Wilfred Madius Tangau
A
A

KOTA KINABALU - Majlis Tertinggi Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebulat suara menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus menerajui kerajaan, kata Presidennya, Datuk Wilfred Madius Tangau.

Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, ini bagi mempertahankan mandat yang diberikan kepada Pakatan Harapan (PH) oleh majoriti rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Beliau berkata, pendirian serta sokongan kepada Dr Mahathir itu disuarakan oleh ahli parti itu dalam mesyuarat tergempar UPKO yang dipengerusikannya di ibu pejabat UPKO di sini pagi ini.

“UPKO juga tidak mahu pergolakan atau krisis kepimpinan kerajaan Persekutuan berterusan lebih lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM

Kepentingan negara, hak Sarawak jadi keutamaan GPS

PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar

Mesyuarat tergempar itu turut mengambil maklum bahawa UPKO konsisten dengan keputusan parti itu pada 10 Mei 2018 iaitu sehari selepas PRU14 untuk meninggalkan Barisan Nasional seterusnya bekerjasama dengan Parti Warisan Sabah dan PH bagi membentuk kerajaan campuran di Sabah yang baharu.

UPKO mempunyai empat kerusi di Dewan Undangan Negeri Sabah dan satu kerusi di Parlimen. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus