Konflik rumah tangga jadi taruhan Downhill

No Image Caption
A
A
A

NASKHAH yang mempertaruhkan kisah keretakan rumah tangga sememangnya bukan satu karya baharu yang dipersembahkan baik dalam drama mahupun filem.

Apa yang membezakan adalah bagaimana sesebuah kisah itu disampaikan dan apa pengakhirannya. Begitu jugalah dengan filem terbaharu edaran GSC, Downhill.

Naskhah remake kepada filem Force Majeure (2014) arahan Ruben Östlund itu mengisahkan sepasang suami isteri, Pete dan Billie, membawa keluarga mereka bercuti dan bermain ski di pergunungan Alps.

Satu tragedi runtuhan salji yang berlaku telah menguji hubungan Pete bersama Billie, memaksa mereka untuk menilai semula kehidupan serta perasaan mereka terhadap satu sama lain.

No Image Caption

Dibintangi Julia Louis-Dreyfus, Will Ferrell, Miranda Otto dan Zoë Chao, menonton Downhill seperti menonton sebuah rancangan realiti yang pada masa sama mempunyai persamaan dengan kisah realiti yang mungkin dilalui segelintir pasangan.

Perjalanan filem ini memperlihatkan bagaimana Pete dan Billie sentiasa melihat kekurangan pada pasangan yang akhirnya mengundang pertelingkahan yang tidak berkesudahan.

Biarpun menghabiskan masa bersama, ada perkara yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata yang akhirnya menjadi kekecewaan yang terpendam.

Artikel Berkaitan:

Walaupun penuh dengan babak yang tegang, namun Östlund turut menyelitkan beberapa babak komedi bukan sahaja dijayakan pelakon utama tetapi juga watak lain dan babak yang tidak dijangka.Downhill mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik dengan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam rumah tangga, membuatkan sesetengah penonton merasa seperti melalui nasib sama seperti perjalanan filem ini.

No Image Caption

Di tambah pula dengan lakonan bersahaja oleh para pelakon yang terlibat dalam filem ini, lebih-lebih lagi Will Ferrell yang berpengalaman dengan naskhah sebegini.

Namun sayangnya, Östlund seolah-olah tidak fokus dengan olahan naskhahnya sendiri membuatkan ada komedi yang seperti dibuat-buat dan ada juga babak yang tidak relevan.

Bagaimanapun ini hanya pendapat penulis dan Downhill masih sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton.

INFO FILEM:

Downhill

Pengarah: Nat Faxon, Jim Rash

Pelakon: Julia Louis-Dreyfus, Will Ferrell, Miranda Otto & Zoë Chao.

Genre: Komedi / Drama

Durasi: 1 Jam 27 Minit

Klasifikasi: 18

Tayangan: 27 Februari 2020