Kronologi hari ke-7: PH kumpul sokongan, dakwa cukup 114 kerusi

Baru Bian hadir untuk tandatangan SD menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. -Foto Twitter Fahmi Fadzil
Baru Bian hadir untuk tandatangan SD menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. -Foto Twitter Fahmi Fadzil
A
A
A

TERKINI: Kronologi hari ke-7 kemelut politik negara. Ikuti perkembangan semasa kemelut politik Malaysia yang masuk hari ketujuh hari ini.

9.37 malam: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu dalam Twitter beliau PH kini sudah mendapat 114 sokongan MP dan mendakwa akan lebih ramai beri sokongan kepada Dr Mahathir.

9.00 malam: Difahamkan, 114 Ahli Parlimen telah menandatangani SD memberi sokongan kepada Dr Mahathir di Yayasan Bukhary. -Video oleh Facebook Fahmi Fadzil

No Image Caption
Play Icon

Pemimpin PH, Saifuddin Nasution dan Husam Musa berkongsi gambar PH cukup 114 sokongan.

8.56 malam: Twitter Fahmi Fadzil memberikan keadaan di Yayasan Bukhary dengan menunjukkan gambar Baru Bian hadir untuk tandatangan SD menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

8.30 malam: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yakin mampu membentuk kerajaan baharu di Melaka bersama Perikatan Nasional sekali gus menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, situasi di Melaka merujuk kepada apa yang berlaku di peringkat Pusat.

8.00 malam: Timbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mempersoalkan dakwaan yang mengatakan 36 ahli parlimen parti mereka menyokong Muhyiddin Yassin.

Sedangkan, katanya, enam ahli parlimen Bersatu menyokong Dr Mahathir Mohamad.

7.50 malam: Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan jam 8.30 malam di Dataran Merdeka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, buat masa ini tiada sebarang notis diterima pihaknya berhubung penganjuran himpunan terbabit.

5.15 petang: Perdana Menteri baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin mohon semua rakyat terima keputusan istana demi kesejahteraan negara.

"Saya berharap semua rakyat Malaysia menerima baik keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Istana hari ini.

"Terima kasih. Doakan kita untuk berjaya mendapat masa depan negara yang lebih cemerlang, masa depan yang lebih terbilang," katanya ketika ditemui media di kediaman beliau sebentar tadi.

Muhyiddin1
Muhyiddin1

4.30 petang: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa dilaporkan berkenan melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan.

Istiadat angkat sumpah pada esok, Ahad jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Istana Negara
Istana Negara

4.20 petang: Pihak Istana Negara dijangka akan memberi kenyataan pada jam 5 petang ini.

3.55 petang: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan Ahli Parlimen Serian yang juga Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot Jaem menyertai parti PKR.

3.40 petang:Parti Warisan Sabah konsisten dengan pendirian parti sebelum ini iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua dalam satu kenyataan.

No Image Caption

2.30 petang: Kehadiran Presiden PKR Anwar Ibrahim di Istana Negara hari ini adalah untuk mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, beliau melihat kepentingan negara kini lebih utama berbanding kepentingan peribadi.

1.50 petang: Kenderaan membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memasuki Istana Negara dan keluar kira-kira 10 minit selepas itu.Beliau diiringi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Fadzil.

1 petang: Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad masih merupakan pengerusi parti itu.

12.35 tengah hari: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan dirinya sebagai pemangku Pengerusi Bersatu.

10.50 pagi: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Istana Negara selepas hampir 40 minit mengadap Yang di-Pertuan Agong. Turut bersama beliau ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof; Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak). Jeffrey Kittingan (Keningau) dan Arthur Joseph Kurup (Pensiangan).

10.20 pagi: Ketua DAP Sarawak, Chong Chien Jen berkata, DAP negeri itu bersedia berbincang dengan GPS berhubung pilihan raya negeri akan datang atas nama kepentingan negara.

10.10 pagi: Pemimpin politik mula tiba di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Antara mereka ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadilah Yusoff.

9.30 pagi: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau kini mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu selepas beliau bertemu dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

PH dalam kenyataan yang berasingan mengesahkan bahawa gabungan itu akan menyokong Dr Mahathir.

9 pagi: Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan pernah menandatangani apa-apa sokongan terhadap presiden parti, Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri.