Armada Kelantan tetap sokong Tun M

Asran
Asran
A
A
A

KOTA BHARU - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan akan terus menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Ketuanya, Asran Alias berkata, setiap keputusan yang dibuat tanpa mendapat mandat keseluruhan Ahli Majlis Tertinggi tidak boleh mewakili parti.

Menurutnya, pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah mendapat sokongan rakyat dan antara faktor tumbangnya kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Armada Bersatu Kelantan akan terus mendokong amanat dan mandat rakyat yang telah diberikan pada PRU14.

“Berikan sepenuhnya kepercayaan kepada Dr Mahathir selaku Pengerusi Bersatu,” katanya hari ini.

Beliau menegaskan sekali lagi Armada Bersatu Kelantan tetap dengan pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan individu yang masih dalam siasatan skandal rasuah dan salah laku.

“Armada Kelantan juga menolak sebarang usaha mewujudkan pemerintahan melalui pintu belakang dan terus mendorong Bersatu supaya terus menjadi parti Melayu yang bermaruah demi agama, bangsa dan negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akar umbi Armada setuju Muhyiddin calon PM

Artikel Berkaitan: