PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas selesai mesyuarat dipercayai bersama ahli-ahli Parlimen PH yang akan menuju ke Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemui media selepas selesai mesyuarat dipercayai bersama ahli-ahli Parlimen PH yang akan menuju ke Istana Negara hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Keputusan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri dibuat bagi meleraikan kemelut kepimpinan negara, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, ini merupakan usulnya sendiri bagi mengelak negara terus terjerumus ke dalam kemelut politik.

"Semoga ALLAH merestui usaha kita menyelamatkan negara dan tumpukan perhatian untuk pulihkan ekonomi serta kehidupan rakyat," katanya yang turut mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan PKR dan ahli Parlimen yang bersetuju dengan usulnya.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama Ahli Parlimen PH di sebuah hotel di sini sebelum bertolak ke Istana Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M calon PM: Itu keputusan PH, kata Anwar

Muhyiddin menghadap Agong, bawa suara Perikatan Nasional

Apa berlaku dalam Bersatu?

"Saya ke istana untuk sampaikan surat menyatakan perubahan pendirian PH daripada saya calon Perdana Menteri dan saya terharu dengan sokongan mereka tetapi saya sekali lagi memilih untuk melihat kepentingan negara daripada agenda peribadi.

Artikel Berkaitan:

"Jadi saya harap rakan-rakan jangan gusar dan kecewa," kata Anwar.

Sebagai rekod selepas Dr Mahathir meletakkan jawatannya, PH telah mencalonkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun, pagi tadi PH mengeluarkan kenyataan memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri baharu.

Dr Mahathir turut mengeluarkan kenyataan pagi tadi menyatakan beliau telah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan bersedia dicalon semula sebagai Perdana Menteri. - Bernama