Apa berlaku dalam Bersatu?

Kenyataan yang dikeluarkan Bersatu hari ini mengundang persoalan apa yang sedang berlaku dalam parti berkenaan.
Kenyataan yang dikeluarkan Bersatu hari ini mengundang persoalan apa yang sedang berlaku dalam parti berkenaan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kurang dari dua jam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah mengeluarkan dua kenyataan yang amat berbeza antara satu sama lain.

Pada jam 10.30 pagi, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya telah mengeluarkan satu kenyataan media yang menyebut satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti adalah Pengerusinya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad berdasarkan Fasal 16.2 perlembagaan parti itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Dr Mahathir dipilih semula oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi calon Perdana Menteri yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin pangku jawatan Pengerusi Bersatu

Tun M punya kuasa mutlak pimpin parti: Setiausaha Agung Bersatu

Kemudian, pada jam 12 tengah hari, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengeluarkan kenyataan balas mengatakan Dr Mahathir telah meletakkan jawatan Pengerusi Bersatu pada 24 Februari lalu, maka jawatan itu dipangku olehnya.

Kata Muhyiddin, berdasarkan Fasal 16.9 perlembagaan parti, jika pengerusi berhenti, maka Presiden hendaklah memangku jawatan sehingga pemilihan untuk pengerusi baharu dilakukan.

“Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih pengerusi yang baharu. Justeru, saya selaku presiden memangku jawatan Pengerusi Bersatu sehingga pemilihan dilakukan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ia tidak berhenti di sini apabila pada jam 12.45 tengah hari, Marzuki sekali lagi mengeluarkan kenyataan media dengan menyertakan sekali Fasal 16.2 perlembagaan parti mengenai tugas-tugas pengerusi.

Dalam Fasal 16.2.1 menyebut, menjadi pengerusi dan pemimpin utama parti bertanggungjawab menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan pentadbiran dan dasar parti.

Fasal 16.2.2 pula menyebut, memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti.