Polis Marin Semporna tahan lelaki cuba seludup 25 tong gas

A
A

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup keluar 25 tong gas memasak melalui kawasan Laut Sum Sum dekat sini ke Filipina, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata bertindak atas maklumat unit risikan marin, lelaki berusia 25 tahun itu dikesan dan ditahan pada 12.50 tengah hari.

"Pemeriksaan dalam bot menemukan 25 tong gas memasak yang berisi dan tiada dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk membawa barang kawalan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, selain tong gas, turut dirampas satu tong jerikin berisi minyak petrol.

Mohamad Pajeri berkata tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.- Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia