Tiada kes kencing tikus di pusat rekreasi Perak

Kenyataan media Pengarah Kesihatan Perak mengenai memo tular berkaitan kes leptospirosis di tiga lokasi di Perak.
Kenyataan media Pengarah Kesihatan Perak mengenai memo tular berkaitan kes leptospirosis di tiga lokasi di Perak.
A
A
A

IPOH - Jabatan Kesihatan Perak mengesahkan tiada kes leptospirosis atau kencing tikus berlaku di pusat rekreasi Lata Kinjang, Lata Iskandar dan Kuala Woh yang tular sebelum ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, bagaimanapun sehingga 22 Februari 2020, sebanyak dua kes disahkan leptopirosis dilaporkan di daerah Batang Padang.

Beliau berkata, Kedua-dua kes-kes berlaku berhampiran dengan Kuala Woh, tetapi kes tersebut merupakan terpencil.

"Siasatan lanjut juga mendapati tiada kes leptospirosis dilaporkan berlaku di ketiga-tiga lokasi yang dinyatakan dalam memo tular sepanjang tahun 2019 dan 2020.

"Jabatan Kesihatan Perak akan sentiasa memantau keadaan kesihatan persekitaran serta bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan mengawal dan mencegah jangkitan Leptospirosis," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Perak turut menafikan memo yang tular sejak semalam mengenai kes leptospirosis di tiga lokasi tersebut menerusi satu kenyataan hari ini.

[Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/71820/EDISI/Perak/Tiada-kes-kencing-tikus-di-pusat-rekreasi-Perak]

Artikel Berkaitan: