Selepas bertemu pemimpin Bersatu, Tun M ke KLCC

Dr Mahathir tiba di KLCC bagi menyampaikan ucapan pembukaan persidangan berkaitan hak rakyat Palestin.
Dr Mahathir tiba di KLCC bagi menyampaikan ucapan pembukaan persidangan berkaitan hak rakyat Palestin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, sebentar tadi.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba jam 3.50 petang di pusat konvensyen itu bagi menyampaikan ucapan pembukaan The International Conference on the Question of Palestine, 'Southeast Asian Support for the Rights of the Palestinian People'.

Persidangan anjuran Kementerian Luar Negeri dan United Nations (UN) Committe for the Inalienable Rights for the Palestinian People (CEIRPP) dengan kerjasama Perdana Global Peace Foundation (PGPF) yang akan berlangsung dua hari itu akan membincangkan pelbagai perkara termasuk sokongan terhadap rakyat di negara itu yang sering ditindas oleh rejim Israel.

Dr Mahathir sebelum ini lantang menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk tindakan Israel ke atas rakyat di negara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN Tun M jumpa ahli-ahli Parlimen Bersatu pagi ini

Sidang Parlimen Khas akan tentukan calon Perdana Menteri: Tun M

Artikel Berkaitan: