Tiga maut nahas lori dan treler

Pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kemalangan tiga maut di Bahau hari ini. Foto: Ihsan JBPM
Pasukan bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kemalangan tiga maut di Bahau hari ini. Foto: Ihsan JBPM
A
A
A

JEMPOL - [DIKEMAS KINI] Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori dan treler di Kilometer 4 Jalan Rompin-Ladang Chong Wing Chan, berdekatan Ladang Senama, di sini hari ini.

Mangsa, Mohd Hafizie Mohd Sabri, 32; Md Jantan Samsuddin, 65; dan Hasemah Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah Rompin menuju ke Bahau itu dipercayai hilang kawalan akibat tayar pecah.

"Sampai di tempat kejadian, treler itu terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori dinaiki dua warga emas.

"Akibat kemalangan, pemandu treler dan pemandu lori serta penumpangnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:


Katanya, mayat kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bahau, Mohd Ikram Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 pagi.