Konflik politik: Bomba siap sedia jika ada kecemasan

Mohammad Hamdan (tengah) ketika sidang media Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 JBPM Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamatan Wilayah Utara di Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya hari ini.
Mohammad Hamdan (tengah) ketika sidang media Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 JBPM Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamatan Wilayah Utara di Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya hari ini.
A
A
A

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersedia dalam sebarang situasi yang berlaku di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang memantau perkembangan dan situasi terkini yang berlaku.

Beliau berkata, JBPM akan terus memperhebatkan organisasi itu malah situasi politik yang sedang berlaku tidak menjejaskan perkhidmatan mereka.

"Kita bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan berhubung dengan mereka. Jabatan Bomba sentiasa dalam keadaan siap sedia jika berlaku insiden kecemasan.

"Kita akan membantu mana-mana agensi yang memerlukan dalam kes kecemasan membabitkan kebakaran dan juga tugas di bawah bidang kuasa," katanya.

Katanya selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 JBPM Perak dan Akademi Bomba dan Penyelamatan Wilayah Utara di Ibu Pejabat JBPM Perak, Meru Raya di sini hari ini.

Dalam b pada itu, Mohammad Hamdan mengingatkan semua pihak supaya sentiasa bersabar dalam berdepan pelbagai situasi yang melanda negara pada hari ini.

"Kita berdoa semoga negara ini sentiasa aman dan kita meminta kepada orang ramai agar sentiasa tenang bersabar. InsyaALLAH, keadaan akan pulih sedia kala.

Artikel Berkaitan:

"Inilah adalah saat untuk kami memberi perkhidmatan yang terbaik dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat ketika kecemasan," katanya.

Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata, seramai 100 pegawai dan anggota JBPM Perak serta 14 pegawai bomba bantuan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2018.

Katanya, selain itu, empat pegawai JBPM Perak menerima Sijil Perkhidmatan 30 tahun sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka di dalam perkhidmatan tersebut.