Ibu tunggal bina kerja sebagai penghantar barang

Zuraida (kanan) dan Siti Aisyah (dua dari kanan) bersama barangan milik pelanggan yang dihantar ke negara jiran, Indonesia.
Zuraida (kanan) dan Siti Aisyah (dua dari kanan) bersama barangan milik pelanggan yang dihantar ke negara jiran, Indonesia.
A
A
A

TEMERLOH - Kehadiran pekerja asing terutama warga Indonesia memberi inspirasi kepada seorang ibu tunggal untuk menyediakan perkhidmatan kepada golongan berkenaan.

Perkhidmatan berkenaan diperkenalkan Zuraida Abdul Rahman, 43, dari Taman Harapan, Temerloh di sini sejak 2012 dan kini ibu kepada empat cahaya mata itu tidak menang tangan kerana sambutan yang diterima.

"Pada peringkat awal, perkhidmatan perniagaan barang ini kurang memberangsangkan kerana mereka tidak faham apa yang saya terangkan kepada mereka," katanya di sini hari ini.

Zuraida berkata, perkhidmatan itu dilaksanakan secara sendirian dengan menghantar kotak kosong pelbagai saiz ke rumah kongsi, ladang getah, kandang lembu, ladang sayur dan ladang ayam.

Menurutnya, mereka akan membeli kotak pelbagai saiz itu untuk diisi dengan pelbagai bahan yang mahu dihantar ke Indonesia sebelum menghubunginya semula untuk urusan penghantaran melalui kargo.

Zuraida
Zuraida

Zuraida berkata, tempoh penerimaan biasanya antara tiga minggu sehingga sebulan bergantung kepada lokasi di negara itu.

Sementara itu pelanggan Zuraida, Abdul Manap Ismail, 39, yang menggunakan perkhidmatan penghantaran berkenaan sejak tiga tahun lepas berpuas hati kerana murah dan terjamin.

"Setakat ini barangan yang dikirim sampai kepada keluarga di Jawa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi pelanggan, Mohd. Rodzi dari Jawa Timur, Indonesia berkata, dia menggunakan khidmat itu sejak 10 tahun lalu dan sangat selesa dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Usahawan dan Pedagang Temerloh, Siti Aishah Ismail mengagumi usaha Zuraida yang membuktikan kemampuan wanita.

Katanya, selaku ibu tunggal yang membesarkan empat anak, dia sanggup menjalankan perniagaan secara persendirian yang biasanya dimonopoli oleh lelaki.

"Kita akan cuba membantu dia (Zuraida) mendapatkan premis perniagaan yang sesuai berbanding yang dilakukan di rumah ketika ini,"ujarnya.