Pengerusi Amanah Johor dilantik penyelaras PH negeri

Aminolhuda
Aminolhuda
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor memutuskan untuk melantik Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan sebagai Penyelaras PH Johor.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keputusan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani itu adalah hasil perbincangan bersama ADUN PH Johor iaitu Amanah, DAP dan PKR.

"Selepas Bersatu keluar daripada PH, kita (PH Johor) perlu bincang antara tiga parti iaitu Amanah, DAP dan PKR untuk menentukan perjalanan parti selepas ini.

"Sebab itu kita lantik Aminolhuda sebagai penyelaras PH Johor kerana ini penting kerana kita memerlukan seseorang yang boleh menyelaras aktiviti PH Johor," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas bersama ADUN dari PH, di sini, malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: PH Johor dakwa gabungan baharu tidak dapat sokongan majoriti

Pakatan Harapan tumbang di Johor

Sultan Johor minta ADUN pilih PH atau gabungan baharu

Sementara itu, Syed Ibrahim berkata, PH Johor akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seberapa segera berhubung jumlah kerusi yang mencukupi bagi menerajui kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, PH Johor mendakwa gabungan baharu daripada Barisan Nasional dan Bersatu tidak mempunyai sokongan majoriti memandangkan PH Johor juga mempunyai bilangan kerusi yang sama iaitu 28 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Tengah hari tadi, Istana Johor dalam satu kenyataan berkata Bersatu dan Barisan Nasional mempunyai majoriti mudah iaitu 28 kerusi sekali gus dapat membentuk kerajaan "Gabungan Baharu" berbanding PH dengan 26 kerusi, setelah temu bual baginda dengan 54 daripada 56 ADUN Johor, petang semalam. - Bernama