Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jakarta letak jawatan

No Image Caption
A
A
A
JAKARTA - Ketua Agensi Mitigasi Bencana Jakarta (BPBD), Subejo meletak jawatan susulan banjir teruk melanda seluruh ibu negara sejak beberapa hari lalu.

"Beliau melepaskan jawatannya pada Isnin lalu," lapor Kompas.com memetik kenyataan Ketua Agensi Pekerjaan Jakarta, Chaidir semalam.

Menurutnya, pengundurannya daripada agensi itu bagi membolehkan beliau memberi latihan kepada kakitangan awam.

"Dengan tugas baharu itu, Subejo, 59, boleh terus berkhidmat sehingga beliau berusia 65 tahun," ujarnya.

Tanggungjawab baharu itu juga membuka peluang kepada Subejo untuk menjadi pegawai eselon pertama di sebuah kementerian.
Artikel Berkaitan:


Difahamkan, Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik BPBD, Sabdo Kurnianto dilantik untuk menjadi pemangku ketua agensi terbabit.

Sementara itu, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan memberi jaminan pengunduran Subejo tidak akan menghalang mitigasi banjir.

Hujan lebat berterusan di Jakarta dan kawasan sekitarnya telah mencetuskan banjir teruk sejak Ahad lalu dan telah meragut sembilan nyawa manakala ribuan lagi terpaksa berpindah. - Agensi