Permohonan pendaftaran GBS masih dalam pertimbangan RoS

Pembentukan GBS diumumkan pada Oktober 2018 melibatkan gabungan empat parti politik Sabah iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan UMNO. Gambar hiasan.
Pembentukan GBS diumumkan pada Oktober 2018 melibatkan gabungan empat parti politik Sabah iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan UMNO. Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA- Permohonan pendaftaran Gabungan Bersatu Sabah (GBS) masih dalam pertimbangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata, oleh itu, tiada sesiapa boleh menganjur atau mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti bagi pihak pertubuhan itu termasuk penggunaan logo, lambang atau simbol sehingga pendaftarannya dikuatkuasakan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].

RoS berkata, larangan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 6, Akta 335.

"Oleh yang demikian, JPPM (RoS) menegaskan di sini supaya pihak jawatankuasa penaja, orang ramai dan media massa untuk tidak menggunakan logo, lambang serta simbol GBS sehingga pertubuhan tersebut didaftarkan secara sah," katanya.

Pembentukan GBS diumumkan pada Oktober 2018 melibatkan gabungan empat parti politik Sabah iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan UMNO. -Bernama

Artikel Berkaitan: