'Saya tak sempat menghadap Sultan Johor kerana berada di Istana Negara'

SALAHUDDIN AYUB
SALAHUDDIN AYUB
A
A
A

JOHOR BAHRU- Datuk Seri Salahuddin Ayub menjelaskan, beliau tidak sempat menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di Bangunan Sultan Ibrahim di sini semalam kerana dia berada di Istana Negara.

Ahli Parlimen Pulai, yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara itu berkata, beliau bersama-sama Ahli Parlimen lain berada di Istana Negara semalam untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti dititahkan.

"Selaku Ahli Parlimen, saya telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan mandat rakyat. Pada masa yang sama, selaku ADUN Johor, saya juga dititahkan untuk menghadap Sultan Johor.

"Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak sempat untuk menghadap baginda dalam masa yang ditetapkan. Namun, saya sentiasa menjunjung Sultan Johor," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Salahuddin, pada masa yang sama, seperti yang semua sedia maklum, sokongan beliau kepada Pakatan Harapan (PH) tidak pernah berbelah bahagi.

Semalam, Sultan Ibrahim menitahkan supaya satu temu bual bersama kesemua 56 ADUN Johor diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim, bagi mendengar sokongan diberikan setiap mereka sama ada memilih Gabungan Baharu atau PH.

Ia susulan kerajaan PH di Johor disahkan tergantung susulan keluarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada PH, Isnin lalu.

Selain Salahuddin, ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang turut tidak menghadiri temu bual berkenaan. -Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN Sultan Johor minta ADUN pilih PH atau gabungan baharu