Singa Utara rekrut Nasriq Baharom

Persatuan Bola Sepak Perlis
Persatuan Bola Sepak Perlis
A
A
A

PERLIS mengikat Mohd Nasriq Baharom bagi memperkuatkan lagi cabaran Singa Utara itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2019.

Perkembangan tersebut dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dalam catatan terbaharu laman Facebook mereka ‘NorthenLions Perlis’, hari ini.

Mohd Nasriq, 31, yang membantu Harimau Malaya meraih pingat emas pada Sukan Sea Laos 2009, memulakan karier bersama skuad Piala Presiden Selangor dari 2005-2007 sebelum diserapkan ke dalam skuad utama Selangor dari 2008-2013.

Anak jati Kuala Selangor itu kemudiannya, menyertai Felda United selama dua musim dari 2014-2015 sebelum beraksi bersama Negeri Sembilan pada 2016 sehingga musim lalu.

PFA sebelum ini berjaya mendapatkan beberapa pemain ternama, termasuk tiga bekas pemain kebangsaan, Mohd Safee Sali, Mohd Badhri Radzi dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri untuk memperkuatkan skuad Singa Utara pada musim ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: