Pemimpin negara ‘lancar perang' di Twitter

Antara komen-komen pemimpin di twitter.
Antara komen-komen pemimpin di twitter.
A
A
A

SHAH ALAM - Kemelut politik yang melanda negara sejak Ahad lalu mendorong pemimpin negara menggunakan media sosial untuk lontarkan pendapat masing-masing.

Medium yang paling popular menjadi pilihan kebanyakan mereka ialah laman Twitter.

Ada yang berbaur kenyataan dan ada juga yang berbaur sindiran.

Menerusi ciapan Twitter bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali beliau menyatakan sokongan penuh terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Ayatnya berbunyi "Rekonsiliasi nasional akan terlaksana di bawah pimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dukungan semua pihak yang mahukan Malaysia stabil dan terus maju menangani cabaran bangsa."

Sementara itu, Ketua Armada Bersatu yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq pula menyatakan harapannya terhadap rakyat dan negara dengan berkata, "Saya sudah sampaikan pendapat saya kepada YAB Tun. Rakyat wajib diutamakan, bukan politik perebutan kuasa.

Rakyat yang berkuasa, bukan si pencatur kuasa.

Artikel Berkaitan:

Moga ALLAH merahmati perjuangan kami."

No Image Caption

Pada masa yang sama Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden Umno, Hishammuddin Hussein juga membuat kenyataan yang beliau menafikan dakwaan kononnya akan keluar parti.

Menurutnya, kesetiaan beliau tidak berbelah bahagi dan akan tetap bersama UMNO dan Barisan Nasional

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak juga turut berseloroh dengan berkata "DAP sudah marah oh", sambil mengirim video Lim Kit Siang sedang berucap di dalam kiriman yang sama.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden PKR yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pula pada masa yang sama membuat satu kiriman berkenaan keburukan makanan segera untuk kesihatan.

Susulan daripada ciapan itu, rata-rata netizen memberikan komen balas kepada beliau kerana dikatakan cuba mengaitkan fakta tersebut dengan tindakan Yang di-Pertuan Agong memberikan makanan segera kepada media ketika membuat liputan di hadapan Istana Negara, baru-baru ini.