Doktor, kakitangan perubatan dapat elaun khas RM400

Kerajaan mengumumkan pemberian elaun khas kepada petugas awam barisan hadapan dalam memerangi Covid-19. - Foto Bernama
Kerajaan mengumumkan pemberian elaun khas kepada petugas awam barisan hadapan dalam memerangi Covid-19. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan pemberian elaun khas RM400 sebulan kepada doktor dan kakitangan perubatan sebagai tanda penghargaan kepada petugas awam barisan hadapan dalam memerangi koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, elaun khas berkenaan berkuat kuasa Februari ini sehingga wabak berakhir.

Kerajaan turut mengumumkan bantuan elaun khas RM200 kepada kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia dan kakitangan lain yang terlibat.

"Kerajaan mengakui kadar ketibaan pelancong yang berkurangan telah memberi impak negatif kepada pihak-pihak yang bergantung kepada industri pelancongan.

"Sebanyak RM600 sebagai bayaran secara one-off diberikan kepada pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan pemandu pelancong serta penarik beca yang berdaftar," katanya ketika mengumumkan pakej rangsangan ekonomi 2020 yang bertemakan ‘Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan’ di Putrajaya, hari ini.

Artikel Berkaitan: