'Saya rindu nak berkhidmat untuk rakyat'- Gunasekaran

Pengundi DUN Seremban Jaya memeluk Gunasekaran (kiri) yang ditemui di pusat khidmatnya.
Pengundi DUN Seremban Jaya memeluk Gunasekaran (kiri) yang ditemui di pusat khidmatnya.
A
A
A

SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P Gunasekaran yang dibebaskan daripada tuduhan menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) mengakui rindu untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

Gunasekaran berkata, ketika berada dalam tahanan, hatinya sentiasa risau memikirkan keadaan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya.

Menurutnya, beliau bagaimanapun percaya sepanjang ketiadaannya amanah berkenaan dipikul sebaik mungkin oleh Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin dibantu oleh lima kakitangan di pusat khidmatnya.

Gunasekaran (tengah) lebih bersemangat menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat.
Gunasekaran (tengah) lebih bersemangat menjalankan tugasnya selaku wakil rakyat.

"Saya lega bila dapat berjumpa dengan pengundi saya semula dan mereka beritahu meskipun saya tiada, tapi kerajaan pastikan kebajikan serta permasalahan diadukan diberi perhatian sebaiknya.

"Saya minta maaf kerana terpaksa meninggalkan mereka dan saya bersyukur kerana mahkamah telah buat keputusan saya dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan terlibat dengan LTTE," katanya di sini hari ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Gunasekaran daripada tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan LTTE.

Artikel Berkaitan: