Tunai haji, umrah penuh yakin dengan set kelengkapan kebersihan peribadi Tanamera

A
A
A

MENUNAIKAN ibadah haji dan umrah memang menjadi impian setiap umat Islam. Hidup terasa lengkap dan sempurna seandainya dapat menunaikan dua ibadah berkenaan.

Namun, untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, bukan sahaja kemampuan menjadi ukuran. Persiapan ke sana juga sangat penting. Ia termasuklah kelengkapan penjagaan peribadi.

Menyedari agak sukar untuk mendapatkan produk penjagaan peribadi yang berasaskan bahan semula jadi dan mesra wuduk di pasaran,

Tanamera Malaysia mencari penyelesaian dengan mengeluarkan set kelengkapan kebersihan peribadi berasaskan 100 peratus bahan semula jadi yang dikenali sebagai Set Kembara Haji dan Umrah Tanamera.

Menurut pengasas bersama jenama itu, Faridah Ahmad Fadzil, set lengkap tersebut merangkumi lima produk penting iaitu semburan air suling untuk wuduk; pembersih semua dalam satu untuk muka, badan dan rambut; krim pelembut kulit; semburan pembasmi kuman serta salap bibir Green Kisses Tanamera.

Menariknya, semua produk berkenaan didatangkan dalam saiz dan isipadu di bawah 100 mililiter yang boleh dibawa ketika dalam penerbangan, jelas beliau.

"Apa yang penting, semua set produk berkenaan disahkan halal dan 100 peratus menggunakan bahan semula jadi serta tidak menggunakan pewangi.

"Ia memang direka khas berdasarkan syarat-syarat haji dan umrah. Jadi, semua rangkaian produk ini boleh digunakan tanpa waswas. Untuk menunaikan ibadah, kita kena pastikan sebarang produk yang digunakan adalah sah untuk tujuan tersebut," katanya pada majlis pelancaran Set Kembara Haji dan Umrah Tanamera di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya Selangor sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan rekod, jenama Tanamera yang diasaskab sejak tahun 1993 di Malaysia terkenal dengan rangkaian produk yang diperbuat daripada bahan semulajadi dari hutan hujan tropika.

Sehingga kini, Tanamera mempunyai sebanyak 150 unit menyimpan stok di bawah jenama berkenaan.

Set Kembara Haji dan Umrah Tanamera dijual pada harga RM88 yang boleh didapati di tujuh cawangan Tanamera, selain dibeli menerusi platform e-dagang secara online.