Tengku Hassanal titah solat hajat, doa permudahkan Agong
KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menitahkan umat Islam mengadakan doa selamat dan solat hajat susulan perkembangan politik semasa negara.
Ia bagi mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar diberi kebijaksanaan dalam membuat keputusan terbaik demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
"Mudah-mudahan Kebawah Duli Tuanku sentiasa berada di bawah perlindungan dan pemeliharaan ALLAH SWT dengan rahmat dan kasih sayangNYA. Ameen Ya Robbal ‘Aalamin," titahnya di Instagram peribadinya.
Bertepatan dengan tibanya bulan Rejab, Tengku Hassanal menyatakan bulan yang disabdakan oleh Nabi SAW, 'adalah bulan ALLAH SWT' bulan yang di dalamnya penuh dengan rahmat, kasih sayang dan keampunan.
"Lebih istimewanya lagi pada malam Jumaat ini, penghulu bagi segala hari. Hari yang harap dimakbulkan oleh ALLAH SWT dari doa sekalian hamba-hambaNYA," titah baginda.
Tengku Hassanal memuat naik posting tersebut bersama foto ayahandanya dan mengharapkan semuanya berjalan dengan lancar.
Sementara itu, rakyat mendoakan semoga ALLAH memberikan kemudahan kepada Seri Paduka dalam membuat keputusan demi agama dan negara.
Netizen kongsi kisah kena 'scam' nak cium hajarulaswad
05 Mac 2024 12:24pmTuan rumah dari 'syurga'
04 Mac 2024 04:05pmPenunggang motosikal cedera 'dilanggar' pejalan kaki
29 Disember 2023 08:03pmKeletah lucu warga Bangladesh menari tepi jalan curi perhatian
14 November 2023 07:35pmKedai serbaneka jual gula 10 sen diambil tindakan
28 Mac 2024 05:43pmRumah dipecah masuk, pencuri larikan shotgun dan 200 peluru
28 Mac 2024 11:11amRonaldo mengamuk selepas tewas kepada Slovenia
28 Mac 2024 10:14amRemaja yatim piatu terlantar sejak lapan bulan lalu
28 Mac 2024 02:06pm