[VIDEO] Dr Siti Hasmah beri coklat kepada petugas media

Dr Siti Hasmah menghulurkan sebekas coklat kepada petugas media.
Dr Siti Hasmah menghulurkan sebekas coklat kepada petugas media.
A
A
A

PUTRAJAYA - Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyapa petugas media yang berkampung di hadapan pintu masuk protokol bangunan Perdana Putra, pagi ini.

Beliau yang tiba jam 10 pagi berhenti di pintu masuk itu dan memberikan coklat kepada media.

"Ambil...mari ambil," katanya sambil menghulurkan sebekas coklat.

Ditanya mengenai kesihatannya, Dr Siti Hasmah menyatakan beliau berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah sihat," katanya.

Dr Siti Hasmah turut menasihati pemberita supaya menjaga kesihatan.

"Jaga diri ya," katanya tersenyum.

Ini merupakan kali kedua kelibat Dr Siti Hasmah memasuki bangunan Putra Perdana.

Artikel Berkaitan:

Kali pertama adalah tengah hari semalam sebelum pulang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad pada sebelah petangnya.