X

Kindly register in order to view this article
!

Jakim anjur solat hajat mohon politik negara kembali stabil

Paimuzi Yahya
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat di semua masjid utama di bawah pentadbirannya bagi memohon doa kepada ALLAH SWT agar keadaan politik negara kembali stabil.

Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya berkata, solat hajat itu akan diadakan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mulai hari ini.

“Umum mengetahui negara kita kini mengalami situasi politik yang mencabar berkaitan kedudukan tampuk kepimpinan negara dan kita berharap keamanan, keharmonian dan hidup masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini akan terus dikekalkan.

“Saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa bertindak dengan rasional dan mengutamakan keamanan dan keharmonian negara terutama dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, Jakim turut memohon jasa baik dan kerjasama semua masjid di bawah Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri untuk turut mengadakan solat hajat dari semasa ke semasa.