PBB lulus resolusi perluas sekatan ke atas Yemen

PBB menganggarkan 24 juta penduduk atau 80 peratus populasi di Yemen memerlukan bantuan dan perlindungan. - Foto Agensi
PBB menganggarkan 24 juta penduduk atau 80 peratus populasi di Yemen memerlukan bantuan dan perlindungan. - Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Majlis Keselamatan PBB semalam meluluskan resolusi memperluaskan sekatan dan embargo senjata ke atas Yemen walaupun berdepan kritikan Rusia dan China.

Resolusi yang disemak semula dan dicadangkan oleh Britain itu diluluskan dengan 13 undi menyokong manakala Beijing dan Moscow mengambil pendirian berkecuali.

Kandungan resolusi itu menetapkan langkah membekukan aset dan mengenakan larangan perjalanan ke atas individu dan entiti yang mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan di Yemen akan berkuat kuasa sehingga 26 Februari 2021.

Difahamkan, sekatan pertama ke atas negara bergolak itu pada Februari 2014 di bawah Resolusi 2140. Resolusi yang dibentuk berdasarkan Resolusi 2140 itu juga diperbaharui sehingga 28 Mac 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, kumpulan bantuan dan pemberi dana merancang untuk menggantung bantuan kemanusiaan di kawasan yang dikuasai pemberontak Houthi untuk beberapa bulan akan datang jika militia terbabit tidak mengganggu proses tersebut.

“Langkah penggantungan melibatkan program bantuan termasuk menyelamatkan nyawa golongan kanak-kanak terjejas akan dibuat jika Houthi terus berdegil,” tegas pegawai kanan di Jabatan Negara Amerika Syarikat. - Agensi

Artikel Berkaitan: