X

Kindly register in order to view this article
!

'Tolong bagi saya peluang kedua'

Anggota polis terbabit mengikat tangan Rolle tanpa belas kasihan. - Foto Agensi
A
A

TALLAHASSEE - Rakaman kamera pada tubuh anggota polis di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun menangis selepas dia ditahan dan tangannya turut diikat.

Menerusi video itu, murid Gred Satu, Kaia Rolle dilihat merayu meminta tolong selepas dimasukkan ke dalam kenderaan SUV polis peronda di Florida.

Penahanan itu dibuat selepas kanak-kanak terbabit didakwa menendang dan menumbuk kakitangan sekolah Lucious and Emma Nixon Academy di Orlando.

Kaia dikatakan menangis tidak lama selepas anggota polis terbabit dikenali sebagai Dennis Turner mengikat tangannya dengan 'zip ties'.

"Saya tidak mahu masuk ke dalam kereta polis. Tolong bagi saya peluang kedua," rayunya ketika kejadian itu pada 19 September 2019.

Difahamkan, rakaman tersebut dikeluarkan selepas keluarganya yang menggunakan khidmat peguam Smith and Eulo Law Firm kerana mereka mahu menunjukkan bagaimana tangkapan itu berlaku dan tiada kakitangan sekolah yang menghalang perbuatan tersebut.

Susulan kejadian itu, Turner telah dipecat selepas Jabatan Polis Orlando menjalankan siasatan dalaman dan mendapati dia melanggar polisi untuk menahan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus