PNS lantik Mohd Hilaludin sebagai CEO

Mohd Hilaludin
Mohd Hilaludin
A
A
A

PERBADANAN Nasional (PNS) melantik Mohd Hilaluddin Abd Shukor sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 20 Februari 2020.

Mohd Hilaluddin, 54, yang memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan, mempunyai pengalaman luas dalam kredit, penyusunan pinjaman, pengaturan sekuriti hutang swasta, fasiliti pembiayaan konvensional dan Islam, kata PNS dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga memiliki pengalaman modal teroka dan ekuiti swasta dalam pelbagai kapasiti daripada pelabur kepada pengurus dana termasuk pernah terlibat dalam penubuhan dana ekuiti swasta milik sebuah bank antarabangsa Islam.

Mohd Hilaluddin juga pernah berkhidmat untuk menguruskan portfolio pelaburan Khazanah Nasional Bhd.

Beliau bertanggungjawab dalam pengurusan dan pemantauan syarikat pemula niaga, menentukan hala tuju strategik mereka dan memacu pelan penciptaan nilai.

Individu berkenaan juga bertanggungjawab dalam memantau syarikat modal teroka termasuk menganggotai Lembaga Pengarah dalam beberapa syarikat penerima pelaburan Khazanah.

CEO baharu ini memiliki kelulusan MBA dalam Kewangan Perniagaan dari University of Hull serta Ijazah dalam Kajian Kewangan dan Perundangan dari Sheffield Hallam University, UK.

Pengerusi PNS, Datuk Dzulkifli Fadzilah berkata, pelantikan Mohd Hilaluddin akan membolehkan PNS untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah agensi dengan mandat bagi menerajui pembangunan industri francais Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: