X

Kindly register in order to view this article
!

Bunkface lancarkan single baharu, Akhir Zaman

Bunkface
A
A

HAMPIR 15 tahun dalam industri, kumpulan yang memperjuangkan muzik punk rock, Bunkface tetap mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam peminat muzik tanah air.

Apatah lagi kumpulan yang dianggotai oleh Sam selaku vokalis, Youk (gitar bass) dan Paan (gitar utama) itu sentiasa aktif menampilkan karya kreatif mereka tanpa rasa tergugat dengan kehadiran muka-muka baharu yang mewarnai industri muzik.

Terbaru, kumpulan yang popular dengan lagu Malam Ini Kita Punya itu tampil melancarkan single terkini yang diberi judul Akhir Zaman.

Menurut Bunkface, melodi dan lirik single tersebut ditulis sendiri Sam yang berkisarkan tentang keadaan semasa di Malaysia dan dunia sekeliling hari ini.

“Kami mendengar suara suara semasa peminat dan juga rakyat Malaysia dan sudah menjadi tugas kami untuk menyampaikan suara suara tersebut.

“Jadi ini adalah cara kami menyuarakan isu yang benar dengan pendapat yang betul demi agama, demi rakyat dan negara kita Malaysia,” kata Bunkface.

Lagu Akhir Zaman dilancarkan pada jam 10 pagi pada hari ini di laman rasmi YouTube Bunkface dalam bentuk video lirik: https://www.youtube.com/channel/UCJnOK0N8d_J9tiT6W7STjrQ


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus