Khidmat Ahli Majlis, Penyelaras DUN Bersatu NS tamat serta-merta

Aminuddin ketika sidang akhbar selepas selesai mesyuarat exco disini hari ini.
Aminuddin ketika sidang akhbar selepas selesai mesyuarat exco disini hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Perkhidmatan Ahli Majlis dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan ditamatkan serta-merta berkuat-kuasa semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia melibatkan 19 Ahli Majlis dan enam penyelaras DUN.

"Kerajaan negeri berpendirian apabila mereka telah menyatakan tidak bersama Pakatan Harapan (PH), jadi kita mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan kerana kerajaan negeri ditadbir oleh PH.

"Kita bukan ingin mengeruhkan keadaan sebaliknya daripada segi prosedur ia melibatkan kewangan, peruntukkan selain mengelakkan masalah audit dan penggunaan kewangan," katanya selepas selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Ahli Majlis di Negeri Sembilan telah selesai menjalani sesi angkat sumpah ataupun sebaliknya, Aminuddin berkata, dua daerah belum selesai iaitu Tampin dan Port Dickson.

Terdahulu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui satu kenyataan, Isnin lalu bahawa Bersatu keluar daripada PH dan perkara itu diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas Ahad lalu.

Susulan itu juga, semalam tular sepucuk surat di aplikasi WhatsApp berhubung larangan jemputan Ahli Majlis Bersatu ke mesyuarat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sembilan sehingga satu arahan baru dikeluarkan.

Artikel Berkaitan: