2,773 notis kesalahan merokok di Melaka

Chee Leong (tengah) menyampaikan apron kepada pengusaha makanan ketika walkabout di Jonker Walk.
Chee Leong (tengah) menyampaikan apron kepada pengusaha makanan ketika walkabout di Jonker Walk.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan kesihatan Melaka mengeluarkan 2,773 notis kesalahan merokok di kawasan larangan sekitar negeri ini, tahun lalu.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 1,199 notis dikeluarkan atas kesalahan merokok di zon Melaka Bebas (MBAR) termasuk Melaka Raya, Bandaraya Warisan Dunia, Pisat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Pusat Bandar Alor Gajah dan Pusat Bandar Jasin.

Menurutnya, dalam tempoh itu sebanyak 1,070 kompaun telah dibayar berjumlah RM136,515.

“Bagaimanapun masih ada yang tidak menjelaskan kompaun dan sebanyak 677 telah didaftarkan di mahkamah terhadap mereka yang gagal membayar kompaun.

“Sementara itu, sebanyak 104 kes disabitkan kepada mereka yang gagal membayar kompaun dan dalam tempoh itu juga 725 kesalahan di kawasan larangan bebas merokok di bawah Peraturan 22,” katanya.

Chee Leong berkata demikian selepas Walkabout Kempen Bebas Rokok, Hidup Sihat di Jonker Walk di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Chee Leong berkata, sebanyak 820 premis di seluruh negeri telah diperiksa dan 428 notis amaran juga dikeluarkan kepada pemilik serta pengusaha kedai makanan kerana gagal mempamerkan papan tanda atau poster larangan merokok sejak penguatkuasaan larangan merokok dilaksanakan 1 Januari lalu.

“Dalam tempoh itu juga sebanyak 470 notis amaran pendidikan mengenai larangan itu dikeluarkan,” katanya.

Artikel Berkaitan: