Waris Ling Tor Dee dicari

Tor Dee ditemui di kaki lima sebuah bank di pekan Bahau pada 14 Februari lalu.
Tor Dee ditemui di kaki lima sebuah bank di pekan Bahau pada 14 Februari lalu.
A
A
A

JEMPOL - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Jempol mencari waris seorang lelaki yang ditemui tidak terurus di kaki lima sebuah bank di Bahau pada 14 Februari lalu.

Pegawainya, Norasmawati Selamat berkata, Ling Tor Dee, 58, ditemui ketika pihaknya menjalankan Operasi Pengemis secara berkala.

"Hasil siasatan lanjut terhadapnya mendapati dia tidak mempunyai tempat tinggal selain hanya tidur di rumah tinggal di Kampung Chu Ward dekat pinggir pekan Bahau.

"Berikutan itu, kami telah menempatkannya di penempatan sementara di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka bagi menjamin kebajikan penama dan untuk tujuan siasatan iaitu mengesan waris," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Norasmawati berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Akta Orang Papa 1977.

"Kami mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lelaki ini agar menghubungi PKMD Jempol melalui Mohd Haniff Jaaffar di talian 06-4581400," katanya.

Artikel Berkaitan: