Kumpulan Azmin selesai ditemuduga Agong

Azmin Ali
Azmin Ali
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 11 ahli parlimen yang juga bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Kenderaan yang dinaiki ahli parlimen itu termasuk Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin keluar meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 3 petang tadi.

Kumpulan ahli parlimen tersebut masuk dan keluar Istana Negara melalui pintu tiga berbanding ahli parlimen lain yang menggunakan laluan pintu dua.

Hari ini seramai 131 ahli parlimen mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk ditemuduga baginda berhubung kemelut politik semasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Debaran penantian keputusan Agong

Baki 132 Ahli Parlimen menghadap Agong hari ini

Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik

Fakta penting berhubung Perdana Menteri Interim

Artikel Berkaitan:

Jangan percaya spekulasi saya tinggalkan UMNO: Hishammuddin