Netizen simpati suami dukung isteri

Kesungguhan Suhaimi mendukung isteri dari tingkat tiga menarik simpati nitizen.
Kesungguhan Suhaimi mendukung isteri dari tingkat tiga menarik simpati nitizen.
A
A
A

BUKIT BERUNTUNG - Video memaparkan seorang suami mendukung isteri dari tingkat tiga Apartmen Kenangan di Taman Bunga Raya menarik perhatian nitizen dari kalangan penduduk setempat.

Rakaman berdurasi dua minit lapan saat itu menunjukkan kesungguhan suami dikenali sebagai Suhaimi mendukung isterinya, Fauziah menuruni tangga ke tingkat bawah.

Fauziah difahamkan perlu menjalani rawatan mencuci buah pinggang sebanyak tiga kali seminggu di Rawang.

Pangsapuri itu tidak mempunyai kemudahan lif dan memerlukan Suhaimi mendukung isterinya yang tidak berupaya berjalan selain mempunyai masalah penglihatan.

Video yang dimuat naik di Facebook itu mendapat reaksi Adun Batang Kali, Harumaini Omar.

"Saya ada bagi Suhaimi kerusi roda dan beberapa kali bantuan kewangan, memang sedih tengok terutama perbelanjaan dialisis isterinya tiga kali seminggu di Rawang.

"Esok saya jumpa dia lagi Insya-ALLAH," katanya di ruangan komen.

Artikel Berkaitan: