Milo percuma untuk petugas media

Lori Milo membekalkan air Milo sejuk kepada pengamal media yang bertugas di hadapan Pintu 2 Istana Negara -Foto: Sumber Twitter
Lori Milo membekalkan air Milo sejuk kepada pengamal media yang bertugas di hadapan Pintu 2 Istana Negara -Foto: Sumber Twitter
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas dua hari dihidangkan makanan segera untuk makan tengah hari atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petugas media yang berada di Istana Negara pagi ini disajikan dengan minuman Milo dari lori minuman itu di sini.

Memasuki hari ketiga, wartawan dan jurugambar dilihat berkumpul di sekitar lori Milo untuk menikmati minuman ais Milo bagi membasah tekak sebelum bersambung tugas mereka.

Lori Milo membekalkan air Milo sejuk kepada pengamal media yang bertugas di hadapan Pintu 2 Istana Negara mendapat pujian ramai.

Selain itu, sebanyak 40 buah kerusi dan tiga meja makan disediakan oleh pihak istana bagi memudahkan urusan media yang menunggu di Pintu 2 Istana Negara sejak pagi tadi.

Bagi belum mengetahui, petugas media telah membuat liputan di kawasan Istana Negara sejak tiga hari lalu untuk mendapatkan perkembangan keadaan politik dari semasa ke semasa.

Ia susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekali gus mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat.

Sebanyak 40 buah kerusi dan tiga meja makan disediakan oleh pihak istana bagi memudahkan urusan media yang menunggu di Pintu 2 Istana Negara sejak pagi tadi.

Artikel Berkaitan: