Pembantu rumah kantoi curi barang majikan guna lori

Pembantu rumah melarikan sejumlah barang milik sebelum disedari majikan.
Pembantu rumah melarikan sejumlah barang milik sebelum disedari majikan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan seorang pembantu rumah melarikan sejumlah barang milik majikannya tidak berjaya apabila akhirnya dia berjaya dicekup tuannya.

Kisah tersebut dikongsi pelayar Twitter @nannaz17 dengan kapsyen, 'Rumah member, pembantu rumah rancang nak bawa lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan-kawan dia, nasib baik tuan rumah sempat balik rumah, penuh bagasi disumbat harga benda tuan dia.'

Kapsyen itu juga disusuli dengan satu rakaman video durasi 1 minit menunjukkan seorang wanita mengangkut semula bagasi yang cuba dibawa lari itu ke dalam rumah.

Majikannya dilihat membuka bagasi dan menjumpai pelbagai barang berharga seperti telefon pintar, beg berjenama, pakaian yang disumbat di dalam beg plastik besar.

Mereka juga memberitahu akan membuat laporan polis dan berharap pembantu rumah itu ditahan oleh pihak berkuasa.

Rata-rata netizen menonton video tersebut meluahkan rasa marah mereka dengan tindakan tidak berperikemanusiaan pembantu rumah itu.

Jika diperhatikan, hampir keseluruhan barangan rumah mahu diangkut menggunakan lori.

"Tak kenang jasa betul, orang lain susah payah nak cari kerja dapat kat dia senang je buat tuan macam itu." ciap @qajzemer.

Artikel Berkaitan:

Kata @ali_1, "Dah macam nak pergi mana je, curi banyak barang tu. Tak hargai langsung budi baik majikan menggajikan dia."

"Nasib sempat balik, kalau tak memang hilang semua barang-barang dia. Apa kenalah orang macam ni. Kita dah buat baik, sudah bagi tempat tinggal makan minum tapi tak bersyukur langsung." ujar @budakp.

Setakat jam 11.45 pagi ini, video tersebut ditonton 256,100 tontonan dan 13,400 ulang kongsi dari netizen selain 8,000 tanda suka.