Padah salah 'panjat'

Gambar Hiasan
A
A

COPENHAGEN - DENMARK. Seorang lelaki di Denmark selepas didapati bersalah kerana memperkosa anak perempuannya pada malam perkahwinannya.

Kejadian itu berlaku di sebuah estet berhampiran Kolding, selatan Denmark di mana lelaki berusia 50 tahun itu mengadakan majlis resepsi pada Ogos tahun lalu.

Anak perempuannya berusia 20 tahun dilaporkan pengsan kerana terlalu mabuk ketika majlis itu.

Lelaki terbabit kemudiannya tidur di sebelah anak perempuannya bersama isterinya juga di sisi gadis tersebut.

Dia mendakwa tidak ingat apa-apa ketika kejadian itu dan turut menafikan tuduhan rogol dan salah laku seksual ke atasnya.

Menurut dokumen mahkamah, lelaki tersebut menindih anak perempuannya yang berada dalam keadaan lemah dan mangsa cuba menghentikan perbuatan tersebut, namun tidak dihiraukan olehnya.

Dalam mesej teks yang dihantar kepada anaknya pada keesokan harinya, lelaki itu telah memohon maaf atas alasan tersilap menyangka mangsa adalah isterinya.

Hakim bagaimanapun mendapati lelaki terbabit bersalah atas tuduhan rogol dan dihukum penjara dua tahun dan enam bulan. - Daily Mail