Mahfuz dakwa Pas, UMNO anti perpaduan

Mahfuz memuat naik video mendakwa Pas dan UMNO adalah kumpulan anti perpaduan dan tidak berjiwa Malaysia apabila menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia membabitkan DAP di Facebooknya malam tadi.
Mahfuz memuat naik video mendakwa Pas dan UMNO adalah kumpulan anti perpaduan dan tidak berjiwa Malaysia apabila menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia membabitkan DAP di Facebooknya malam tadi.
A
A
A

SHAH ALAM – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar mendakwa Pas dan UMNO sebagai kumpulan anti perpaduan dan tidak berjiwa Malaysia apabila menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia membabitkan DAP.

Beliau juga turut menganggap parti berkenaan sebagai anti kedamaian dan anti Malaysia seperti yang diharapkan rakyat di negara ini.

Katanya, beliau hairan kerana sebelum ini Pas sendiri yang menguar-uarkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang tidak melibatkan pembangkang.

“Kenapa hari ini mereka tidak boleh terima DAP sedangkan kalau kita mahu melihat kerajaan tanpa pembangkang, maka kita perlu menerima sesiapa sahaja untuk berada dalam kerajaan bagi membina semula Malaysia untuk lebih maju ke hadapan.

“Saya hairan bagaimana politik flip flop yang dibawa Pas ini sedangkan sebelum ini Pas yang mencadangkan kerajaan perpaduan, namun tiba-tiba menolak kerajaan merentasi sempadan parti politik yang dicadangkan oleh Tun (Dr Mahathir Mohamad)," katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau malam tadi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau berasa pelik apabila kumpulan Perikatan Nasional sebelum ini bercadang membawa usul percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri untuk kekal dengan jawatan itu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Ketika kumpulan ini membawa usul percaya kepada Tun, mereka tahu bersama Tun dalam kerajaan ialah DAP. Maknanya mereka boleh terima kepimpinan Tun untuk bawa kerajaan yang ada DAP.

“Malangnya, mereka menolak cadangan Tun untuk membawa naratif baharu pada politik Malaysia iaitu kerajaan perpaduan yang melibatkan semua parti,” katanya.

Artikel Berkaitan: