Anggota bomba maut kemalangan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Gen2 di Jalan Desaru-Punggai, Pengerang dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Pegawai Bomba Bantuan Mohd Syafiq Md Yunos, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Punggai, Pengerang, selepas selesai bertugas.

“Seramai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan kemalangan pada 8.59 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Fadli berkata, Mohd Syafiq yang mengalami patah kaki dan putus pergelangan tangan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail, di sini, pada 2.15 pagi tadi.

Pemandu Proton Gen2 berkenaan iaitu seorang lelaki, tidak mengalami kecederaan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kemalangan terbabit pada 9.30 malam tadi dan sedang menyiasat kejadian itu.-Bernama

Artikel Berkaitan: