X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Misi kedua Wuhan:66 individu selamat tiba

SEPANG - MISI KEDUA ... Seramai 66 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Unit Kecemasan Udara (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto BERNAMA
A
A

SEPANG - MISI KEDUA... Seramai 66 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Unit Kecemasan Udara (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Pesawat AirAsia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada jam 6.50 pagi.

Penerbangan itu turut membawa 12 kru, sembilan wakil agensi kerajaan dari Malaysia di samping dua pegawai dari Kedutaan Malaysia dari Beijing, menjadikan 89 orang jumlah keseluruhan yang menaiki pesawat dari Wuhan.

Mereka yang dibawa pulang itu akan melalui proses tapisan kesihatan yang sama seperti Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) pertama iaitu menjalani tapisan kesihatan di Unit Kecemasan Udara (ADU) di KLIA sebaik tiba di tanah air. - Foto BERNAMA


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!